Thursday, December 24, 2009

Lawak Laa

I got all these funny stuff through emails. None of them were my own although I wish they were. I found them to be weally funny. Kudos to the authors!

(rated 18 SX)


  • Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa Kedah" atau ”Laksa Johor” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?" Jangan sekali kali jawab laksa Melaka kerana Melaka tidak ada laksa, cuma ada gula
  • Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
  • Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
  • Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
  • Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan "krem" di sesetengah kawasan.
  • Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
  • Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  • Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab mana ada lesen A.
  • Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  • Sebuah kereta yang dipandu selaju 120 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
  • Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik besi buruk bukanlah magnet. Magnet tidak ada kena mengena dengan Nasi Beriani.
  • Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
  • Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia, malah lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  • Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  • Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Sori! Mesej berunsur dakwah)
  • Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

2 comments: